Isnin, 27 Jun 2011

Nasihat Brigade Zameer Fisabilillah kepada semua sebelum menuntut ilmu RAHSIA



Nota ini dibuat secara khas kepada mereka yang sering mengikuti perkembangan semasa dari BRIGADE ZAMEER FISABILILLAH. Anda semua disarankan membaca nota kami yang bertajuk “NOTA PENTING UNTUK ANDA BACA SEBELUM LIKE PAGE SALAM PERINGATAN FISABILILLAH” sebelum anda layak membaca nota tambahan ini.Sila klik untuk membacanya sekali lagi. http://www.facebook.com/notes/salam-peringatan-fisabilillah/nota-penting-untuk-anda-baca-sebelum-like-page-salam-peringatan-fisabilillah/195500760500626
Pada nota ini terdapat dua tajuk kecil yang penting dan wajib anda membacanya sebelum mendaftar sebagai ahli BRIGADE ZAMEER FISABILILLAH.Tajuk kecil itu ialah Amanah kepada semua ahli BRIGADE ZAMEER FISABILILLAH dan Peraturan Sebelum Komen dan Anda Dilarang Banyak Bertanya

Sesiapa yang berminat dalam mencari ilmu,pasti mereka akan tabah dan sabar terhadap rintangan-rintangan yang ada.Kami bertanggungjawab menghidupkan hati insan yang keras dengan ayat-ayat al-Quran dan mencelikkan orang-orang yang buta dengan nur daripada ALLAH SWT.

Ramai yang menjadi mangsa apabila hati mereka telah dipesongkan iblis laknatullah dan ramai juga orang yang sesat dan merasakan diri mereka hebat di dunia dajjal ini disebabkan menghidap penyakit Al-Wahn(cintakan dunia,takutkan mati).Alangkah buruknya kesan yang dibawa iblis kepada manusia.

Rasulullah saw. bersabda;
"Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu seperti mereka kebuluran mengelilingi hidangan makanan ". Maka salah seorang sahabat bertanya " Adakah kerana bilangan kami pada waktu itu sedikit, wahai Rasulullah?" Nabi s.a.w. menjawab, "Tidak,bahkan bilangan kamu amat ramai tetapi kamu umpama buih di lautan. Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit AL-WAHN”. Lantas seorang sahabat bertanya, "Ya Rasulullah,Apakah yang dimaksudkan dengan AL-WAHN itu ?" Nabi Muhammad s.a.w. menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".
(Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad)

Dapatkah anda kaitkan apa yang ingin kami sampaikan kepada anda semua?Kami tahu anda semua sudah terkena penyakit AL-WAHN maka sebab itulah gaya komen anda semua umpama golongan kedua dan ketiga sebelum ini.Lihatlah hari ini,walaupun jumlah umat Islam di seluruh dunia melebihi satu bilion, mereka tidak memiliki kekuatan dan kekuasaan mentadbir alam ini.Mengapa???Kerana penyakit AL-WAHN.Lihatlah gaya komen anda pada page kami sebelum ini,mengapa begitu sukar anda semua hendak memahami apa yang sudah kami jelaskan panduannya?Mengapa begitu sukar untuk anda memahami syarat utama kami iaitu AMARAN!!!Jangan LIKE page ini sekiranya anda seorang yang malas membaca…Adakah Islam mengajar anda menjadi seorang yang malas?TIDAK…..Surah apakah yang pertama sekali diturunkan kepada Rasulullah SAW?Ada kaitan dengan pesanan kami sebelum ini?Ingatlah,hanya syaitan yang mengajar manusia dan jin menjadi malas daripada mengingati ALLAH SWT dan malas membaca.Nampaknya anda sudah memasuki zon Brigade Zameer Fisabilillah,maka ada baiknya anda lebih banyak meluangkan masa membaca maklumat penting dari kami daripada meletakkan komen seumpama anda ingin mengejar populariti dan mahu menarik perhatian ramai dengan komen jijik anda.Maklumat lanjut,anda semua boleh membaca nota kami yang bertajuk “NOTA PENTING UNTUK ANDA BACA SEBELUM LIKE PAGE SALAM PERINGATAN FISABILILLAH” sila klik untuk membacanya sekali lagi. http://www.facebook.com/notes/salam-peringatan-fisabilillah/nota-penting-untuk-anda-baca-sebelum-like-page-salam-peringatan-fisabilillah/195500760500626
Mengapa???Jawapannya kerana di dalam diri anda ada penyakit AL-WAHN.Bagaimanakah ALLAH SWT hendak memudahkan urusan menerima ilmu dari kami sedangkan penyakit itu sendiri anda tidak mahu buangkan jauh-jauh?Sekiranya anda gagal menyuruh diri anda membaca semua tulisan kami dan anda gagal membuang penyakit AL-WAHN sejauh-jauhnya,maka keluarlah anda dari page kami ini atau kami ‘ban and block’ anda dari memasuki zon Brigade Zameer Fisabilillah.Kami tidak mahu golongan yang tidak mengikut apa yang telah kami jelaskan itu berada di kalangan kami.Pergilah anda sejauh-jauhnya...Ingatlah, dunia itu gedung syaitan,maka janganlah kamu mencuri sesuatu dari gedung itu kerana syaitan itu akan mencari yang dicuri itu maka akan diambilnya kamu.
Lihatlah mereka yang suka komen bagaimana menjadi ahli,sedangkan panduan telah kami berikan.Perkara yang sudah berada di depan mata mereka pun masih sukar untuk mereka faham,sudah tentu bakal menjadi sukar bagi mereka untuk ke peringkat seterusnya.
Muawiyah bin Abu Sufyan r.a. memberitakan bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang ALLAH SWT kehendaki memperoleh kebaikan,maka ALLAH SWT akan menjadikan orang itu faham dalam perkara agama.”(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Jika anda malas membaca apa yang kami bentangkan sebelum ini,tidak mungkin anda bakal mudah memahami ilmu yang bakal dibentangkan pada masa akan datang!Maka layaklah kami menolak pendaftaran anda daripada menjadi ahli Brigade Zameer Fisabilillah disebabkan semangat melepaskan batuk di tangga anda itu.
Sesungguhnya ALLAH SWT Azza Wa Jalla telah berfirman di dalam Surah Az-Zumar,ayat 9 mafhumnya: “Katakanlah,Adakah sama orang yang berilmu dan orang yang tidak berilmu?”
ALLAH SWT juga berfirman di dalam Surah Al-Mujaadilah ayat 11 mafhumnya:”Sesungguhnya ALLAH SWT meninggikan darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang mempunyai ilmu pengetahuan beberapa darjat(tingkat)”
Rasulullah SAW telah bersabda: “Menuntut ilmu itu suatu kewajipan agama ke atas setiap orang Islam”(Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Ingatlah,ilmu orang munafik terletak pada lidahnya sahaja TETAPI ILMU ORANG MUKMIN TERLETAK PADA AMALNYA.
Sekali lagi kami pesankan kepada anda,apa yang tidak dipesankan oleh masyarakat di sekeliling anda,INGATLAH!!!Tuntutlah ilmu tetapi tidak melupakan ibadah dan lakukanlah ibadah tetapi tidak melupakan ilmu.Untuk berjaya mencapai ke tahap kami,sudah tentu ada panduannya dengan melakukan ibadah seperti membaca Al-Quran,solat dan perkara kebaikan supaya anda mudah menerima ilmu yang kami bentangkan.Lihatlah pada hari ini,ramai yang menemui kegagalan menjadi ahli kami kerana mereka sekadar membaca nota kami sahaja tetapi mereka tidak membuat perkara kebaikan atau mereka telah bersikap kurang ajar dengan kami.
Rasulullah SAW pernah bersabda: “Sesungguhnya setiap amalan akan diberi pahala apabila ada niatnya.Dan sesungguhnya amalan bagi setiap orang Islam itu bergantung dengan apa yang diniatkan oleh mereka.Maka sesiapa yang berniat berhijrah kepada ALLAH SWT dan Rasul-Nya,maka hijrahnya ialah kepada ALLAH SWT dan Rsul-Nya.Dan sesiapa yang berniat hijrahnya kepada dunia maka hijrahnya adalah kepada dunia semata-mata. ”(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sila betulkan niat anda hadir di sini,sekiranya kehadiran anda menimbulkan keraguan kepada kami,kami akan block anda dan kami tidak akan menerima anda menuntut ilmu di akaun rahsia kami(hanya diberitahu kepada ahli Brigade Zameer Fisabilillah sahaja)

Amanah kepada semua ahli BRIGADE ZAMEER FISABILILLAH
Rasulullah SAW pernah bersabda, “Dan sesiapa menutupkan rahsia seorang Islam,maka ALLAH SWT akan menutupkan  rahsianya di dunia dan akhirat.”(Hadis Riwayat Muslim)
Rasulullah SAW pernah bersabda, “Dan ALLAH SWT akan menolong seseorang hamba selama hamba itu menolong saudaranya.”(Hadis Riwayat Muslim)
Rasulullah SAW pernah bersabda, “Sesiapa yang mencari suatu jalan yang boleh mendapatkan suatu ilmu,maka ALLAH SWT akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga.”(Hadis Riwayat Muslim)
Biarkan orang lain dalam kegelapan,terpesona atau cemas melihat sesuatu kejadian berlaku,bagi orang yang bijaksana hanya diterima dengan senyuman kerana dengan ilmunya dia mengetahui bahawa hal yang bakal berlaku pasti tetap akan berlaku dengan kekuasaanNYA.
Perhatian kepada semua ahli setia BRIGADE ZAMEER FISABILILLAH yang telah berjaya memasuki ke akaun rahsia kami.Janganlah anda terlalu selesa di sana,kadangkala keselesaan akan menyebabkan anda cuba untuk menjadi golongan kedua dan ketiga yang kami maksudkan sebelum ini.Maka pada ketika itu,kami akan block anda terkeluar dari akaun rahsia kami disebabkan kecelakaan yang cuba anda lakukan tanpa disedari.Ingatlah,mungkin anda telah terpilih dan ditetapkan ALLAH SWT daripada menjadi mangsa duniawi dajjal kerana anda telah berjaya mengikuti segala panduan yang kami tunjukkan dengan tekun,syabas kami ucapkan kepada anda.

Peraturan Sebelum Komen dan Anda Dilarang Banyak Bertanya
Anda dilarang membuat sebarang komen menjengkelkan dan dilarang membuat sebarang promosi di sini.Anda kini sudah memasuki zon BRIGADE ZAMEER FISABILILLAH,maka anda perlu mematuhi syarat yang telah ditetapkan. Sekiranya anda tidak suka membaca,sila keluar dari sini.Sebarang komen mirip golongan kedua dan ketiga yang kami maksudkan itu bakal kami ban dan block mereka tanpa sebarang keraguan. Anda dilarang bertanya di sini,jika ingin bertanya sudah tentu ada jalannya. Segala pertanyaan pada setiap page kami tidak akan dilayan oleh kami,soalan anda akan kami jawab melalui akaun rahsia sahaja.Ingatlah,sedangkan segala tulisan kami sebelum ini yang tidak pernah terlintas di fikiran anda telah kami hujahkan dengan begitu terperinci,sudah tentu apabila ahli Brigade Zameer Fisabilillah bertanya kepada kami,akan kami akan jawabkan dengan jawapan yang tidak pernah terlintas pada pemikiran anda semua.
Kami turunkan ilmu kepada umat Islam yang serius menjadi ahli Brigade Zameer Fisabilillah sahaja,kami tidak akan berikan ilmu kepada ahli yang hanya melepaskan batuk di tangga.
Jika anda ada sifat dengki pada kami,SILA KELUAR DARI PAGE INI,cari dan lihatlah video kami ada dikatakan bahawa "Orang-orang kafir dan orang yang menghalang manusia di jalan ALLAH SWT,ALLAH SWT menghapuskan segala amalan kebaikan mereka."Siapakah yang menghalang manusia di jalan ALLAH SWT???Itulah munafik,cermin diri anda sendiri,adakah itu anda?Nampaknya memang anda dan telah dituliskan di dalam Al-Quran 1400 tahun yang lalu.Perhatikan komen-komen anda sebelum ini,adakah anda tergolong golongan kedua dan ketiga?Tepuk dada tanya selera,tanya iman,tanya diri sendiri....
Rasulullah SAW pernah bersabda, “Sesiapa yang memusuhi seorang wali-Ku,maka sesungguhnya Aku mengisytiharkan perang terhadapnya.”(Hadis Riwayat al-Bukhari)
Ingatlah,akal itu ialah menteri yang menasihati,hati itu ialah raja yang menentukan dan ilmu itu ialah pahlawan yang mempertahankannya.
Selebihnya anda pergilah membaca ayat AL-QURAN,ada banyak ayat yang mngutuk golongan munafik disana dan AL-QURAN diturunkan 1400 tahun yang lalu..Cerminlah diri sendiri,anda hendak saman ayat AL-QURAN sebab mengutuk anda?Sudah gilakah anda?Itulah beza antara orang yang meletakkan otaknya di kepala lutut dengan orang yang bijak berfikir.Sudah tiba masanya kami mendedahkan maklumat (bakal diceritakan di kalangan ahli).Sebelum kami memulakan langkah dengan pemikiran minda yang lebih mendalam,maka kami ingin berpesan kepada mereka yang mudah terasa hati dengan kami disebabkan kata-kata kami terkena batang hidung mereka sendiri tanpa mereka sedari.Pesanan terakhir kami ialah,sila keluar dari sini sekiranya kehadiran anda tidak menyenangkan pelbagai pihak.
Anggaplah maklumat kami seperti anda membaca akhbar,ketika anda membaca tidak berlaku sebarang pembangkangan?Maklumat yang kami dedahkan jauh lebih hebat dari berita,jadi ada baiknya anda mendengar kerana rekod kejayaan kami tidak pernah menyebarkan maklumat palsu.Sekiranya anda masih ragu-ragu dengan kami dan tidak percaya apa yang kami cakapkan ini,sila keluar dari zon BRIGADE ZAMEER FISABILILLAH. Kami lagi ragu-ragu untuk mengambil anda menjadi ahli kami dan kemungkinan anda tidak layak menuntut ilmu rahsia yang lebih mendalam dari pasukan kami.
Tahukah anda?zaman Rasulullah SAW suatu ketika dulu terlalu sukar untuk menjawab soalan,sehinggakan Rasulullah SAW bercakap kepada para sahabat bahawa tunggu wahyu ALLAH SWT turun baru boleh jawab dan menetapkan sesuatu hukum.Kini anda semua tidak perlu lagi bersusah payah,kerana semuanya sudah terjawab di dalam Al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW,pergilah membacanya dan bacalah melalui mata hati.
Bilakah kali terakhir anda memegang AL-QURAN???10 tahun lepas ketika di Sekolah Menengah?20 tahun lepas ketika di Sekolah Rendah?Itupun belum khatam lagi?Oh tidak mengapa,jika anda tidak beritahu kami pun kami sudah tahu,patutlah komen anda semua seperti golongan kedua dan ketiga yang kami maksudkan.
Rasulullah SAW pernah bersabda, “Sesungguhnya di kalangan kamu yang lebih baik ialah orang yang mempelajari AL-QURAN dan mengajarkannya..”(Hadis Riwayat al-Bukhari)
Berita baik untuk ahli Brigade Zameer Fisabilillah,anda boleh bertanyakan satu soalan mentaliti kelas pertama pada kami melalui borang pertanyaan kepada Brigade Zameer Fisabilillah yang bakal diberikan kepada setiap ahli apabila sudah tiba masanya.Sila pastikan soalan anda bernas dan anda disarankan supaya mengaitkan maklumat kami yang terbaru dengan maklumat kami sebelum ini.
Tahukah anda?Sebelum zionis menyekat kami,kami sudah menyekat banyak maklumat kepada anda semua?Hanya kepada ahli yang serius menjadi ahli Brigade Zameer Fisabilillah sahaja kami dedahkan maklumat lebih mendalam.Pada tahun lepas,kami pernah berkata kepada anda semua bahawa ilmu yang kami dedahkan ini cuma 1% sahaja berbanding apa yang ada di dalam fikiran kami?Hari ini kami hendak memaklumkan kepada anda semua bahawa kini kami hanya mendedahkan 0.01% sahaja ilmu kepada anda semua yang bukan ahli,manakala ahli akan mendapat pendedahan ilmu 1% daripada kami.Ingatlah,peratusan ilmu anda akan bertambah apabila menjadi ahli Brigade Zameer Fisabilillah dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini kami pada masa akan datang.Terlalu banyak perkara yang kami ingin membentangkan kepada ahli sehinggalah seandainya diberi tempoh 10 tahun untuk pembentangan kami,sudah tentu tidak akan habis.Kesimpulannya,izinkan kami ceritakan dan berkongsi cerita yang penting sahaja kepada ahli dan biarkan kepada bukan ahli ternganga melompat di dunia dajjal tatkala sikap mereka yang tidak mahu menjadi ahli.Banyak perkara kami perlu fokus,sehingga andai diberi peluang 24 jam setiap hari hadir di alam maya seumur hidup,kami masih merasakan tidak habis lagi pembentangannya.Kami fokuskan apa yang penting sahaja,selebihnya anda rujuklah AL-Quran dan Hadis Rasulullah SAW.Perlu diingatkan bahawa setiap perkara yang kami bentangkan ada kaitan dengan Al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW.
 Abu Hurairah r.a. memberitakan bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Apa-apa yang aku larang kepada kamu semua,maka jauhilah dia dan apa yang aku suruhkan kamu,maka lakukanlah menurut keupayaan kamu kerana sesungguhnya orang-orang sebelum kamu telah dibinasakan disebabkan mereka banyak bertanya (yang bukan-bukan sebagai menghelah) dan mereka bersikap menentang para nabi mereka.”(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Ingatlah,orang yang berilmu itu akan selalu berdoa; Ya ALLAH,kayakanlah aku dengan kekayaan ilmu,hiasilah aku dengan perhiasan sopan santun,muliakanlah aku dengan kemuliaan takwa dan elokkanlah aku dengan kesihatan yang sempurna.
Kadangkala kami berasa amat pelik dengan sikap segelintir di kalangan anda di luar sana yang cuba mengambil sebahagian ayat kami dan memaparkan seumpama dialah yang mencipta nukilan hebat itu.Siapakah mereka itu?(siapa makan cili,dia terasa pedasnya).Anda sendiri perasan,ada segelintir individu di alam maya ini yang cuba memperindahkan kata-kata mereka dengan meniru slogan dan ayat-ayat semangat kami MALANGNYA mereka itu langsung tidak memberikan peluang kepada pembaca diluar sana mengenali kami dengan lebih mendalam.Itulah mereka yang cuba berbangga dan ingin menarik perhatian dengan meniru aksi kami di alam maya ini,tanpa mereka sedari mereka cuba membelakangi kami dengan tidak menyarankan kepada semua rakan-rakan mereka menyertai ahli Brigade Zameer Fisabilillah.Adakah anda ingat segala ilmu yang mereka pelajari dari kami itu akan berkat?Sesekali tidak....Sesungguhnya ALLAH SWT mengetahui dan malaikat mencatat keburukan yang mereka buat tanpa mereka sedari.Adakah agama Islam tidak mengajar anda semua supaya menghormati pemberi ilmu?Islam apakah anda?Adakah agama Islam tidak mengajar anda adab menuntut ilmu?Islam telah mengajarnya dan anda sendirilah yang sengaja mencabul adab menuntut ilmu.Ketahuilah,setiap penuntut ilmu wajib menghormati pemberi ilmu dan mematuhi segala arahannya selagi mana tidak menyalahi kehendak Islam. Kita mesti patuh kepadanya walaupun fikrah atau pendapat kita berbeza. Kita pernah mendengar bagaimana imam As-Syafi'e walaupun berijtihad bahawa qunut di dalam solat Subuh sunat ab'adh(kena sujud sahwi jika tidak melakukannya) tetapi dia tidak melakukannya apabila mendirikan solat itu berhampiran maqam gurunya imam Malik kerana menghormati gurunya. Bagaimana dengan anda? Sesungguhnya ulamak Islam di zaman dahulu sangat menitik beratkan masalah keberkatan ilmu, sedangkan kita hari ini tidak lagi mengendahkan perkara ini. Apabila kami berpesan kepada anda,anda mulalah hendak melawan cakap,maka sebab itulah ALLAH SWT menutup hati anda dari cuba mendaftar sebagai ahli Brigade Zameer Fisabilillah.Ingatlah,jangan jadi orang yang akal sejengkal dan otak tiga suku.Kami tahu,ramai di kalangan anda munafik dan terkena tempias penyakit AL-WAHN,apabila membaca maklumat dari kami,secara tidak langsung anda sudah tersedar dan mula berubah.

Artikel ini dipetik secara rasmi menerusi laman web milik Brigade Zameer Fisabilillah www.salamperingatanfisabilillah.blogspot.com

www.brigadezameerfisabilillah.blogspot.com

www.ilmuakhirzaman.blogspot.com

###Salam Peringatan dari Brigade Zameer Fisabilillah###

Kami dedahkan maklumat yang tidak didedahkan di kaca tv anda, maklumat yang tidak disiarkan di dada akhbar anda...Dunia sudah akhir zaman,jangan lepaskan peluang untuk anda mengetahuinya dengan lebih banyak pendedahan yang bakal kami lakukan.Kami ceritakan kepada anda satu cerita yang jarang diberitahu oleh guru anda semasa di bangku sekolah,amat jarang diberitahu oleh pensyarah anda semasa di IPT,amat jarang diberitahu oleh ustaz/ustazah yang anda kenali,amat jarang dikaji oleh ulamak di sekeliling anda…..Hantarkan butiran yang kami perlukan itu ke alamat emel kami jika anda serius ingin mengikuti perkembangan ilmu yang akan kami hujahkan dengan lebih mendalam.Terpulanglah kepada anda hendak menganggap sesuatu yang negatif pada kami kerana sesungguhnya Allah MAHA MENGETAHUI.Kepada semua yang selalu mengikuti perkembangan semasa kami,semestinya mereka dapat memahami setiap kata-kata kami.Nantikan penjelasan ringkas yang bakal terungkap tidak lama lagi kepada semua dan penjelasan lebih mendalam di kalangan ahli Brigade Zameer Fisabilillah...Maklumat lanjut?Sila lihat nota kami yang bertajuk "Ingin mendaftar sebagai ahli Brigade Zameer Fisabilillah???"

Anda bakal menyesal sekiranya terlewat mendaftar sebagai ahli Brigade Zameer Fisabilillah...Penyesalan anda telah pun berlaku tahun lepas dan terlalu banyak maklumat rahsia yang kami dedahkan di internet telah digodam oleh zionis dan sekutunya kerana mereka dalam ketakutan di saat kami bongkarkan rahsia-rahsia tersebut.

Sudah tiba masanya kami mencipta satu sistem khas yang memudahkan anda mendapat maklumat bermanfaat dari kami sekiranya facebook kami di tutup oleh zionis dan sekutunya yang banyak kutu syaitan atau laman web kami di godam oleh golongan yang memendam rasa dendam,hasad dengki,suka memfitnah dan munafik.Apakah sistem tersebut?Mahukah anda mengetahuinya? Kami memperkenalkan kepada anda,sistem perkhidmatan sms dari kami. Dapatkan maklumat hanya di hujung jari anda,Jadilah orang pertama menerima berita terkini setiap hari Brigade Zameer Fisabilillah!Langganilah segera,dunia sudah akhir zaman….

Sekiranya anda menganggap kami cuba menipu anda,teruskanlah menanti disini dan biarkanlah masa berlalu pergi.Anda akan merasai kelainannya dan anggapan anda itu 100% meleset sama sekali kerana apa yang kami katakan kini bukannya satu penipuan dan omong kosong.Anda juga akan rasa terkejut apabila mendapat tahu bahawa ilmu yang kami sebarkan jauh lebih berharga dari rokok@peralatan mekap anda yang bernilai puluhan ringgit,jauh lebih bernilai dari telefon bimbit milik anda yang bernilai ratusan ringgit,jauh lebih berbeza dari televisyen plasma anda yang bernilai ribuan ringgit,jauh lebih bermanfaat berbanding harga kenderaan anda yang bernilai puluhan ribu ringgit,jauh lebih penting berbanding harga rumah anda yang bernilai ratusan ribu ringgit….Renung-renungkanlah




###Salam Peringatan dari Brigade Zameer Fisabilillah###

###Sila klik butang SHARE di bawah untuk share maklumat ini bersama rakan-rakan anda, apalah gunanya jika anda mendapat maklumat bermanfaat ini tetapi anda terlupa untuk menyebarkannya kepada orang ramai,###

###ANDA HANYA DIBENARKAN POST LINK ASAL SAHAJA,DENGAN MENGEKALKAN LINK ASAL MILIK KAMI... ANDA HANYA DIBENARKAN KLIK BUTANG SHARE atau LETAKKAN LINK ASAL SUMBER SAHAJA sekiranya ingin mendedahkan maklumat ini.ANDA DILARANG MENGAMBIL MAKLUMAT KAMI DAN MELETAKKAN DI PAGE anda seumpama anda yang mencipta maklumat itu.Ingatlah,malaikat sedang memerhati dan mencatat amalan anda sekiranya anda melanggar syarat kami!###
Tiga Golongan Selepas Membaca NOTA BERMANFAAT Ini
Selepas anda membaca nota ini, anda berhak memilih anda golongan yang mana seperti tertera di bawah.Tiga golongan manusia selepas membaca artikel ini:

1) golongan yang suka share nota ini kepada semua MANUSIA
Sila klik button share di bawah nota ini. Segala kandungan bermanfaat boleh diambil untuk sebaran umum,simpanan, dan sebagainya.Sekiranya anda ingin menyebarkan nota ini ke halaman website lain, SILA LETAKKAN pautan link pada blog anda atau pada artikel yang diambil sebagai kredit kepada penulis...Jazakumullah..Awas!!!Jangan sesekali kerana anda ingin mengejar populariti sehingga suka copy paste dan letakkannya sbg nota hasil penulisan anda sedangkan bukannya anda yang menulis dan mengkaji dengan lebih mendalam nota ini.Ingatlah,ALLAH memerhati segala yang anda lakukan dan Allah mengetahui niat tersembunyi anda itu.
Contohnya,SILA LETAKKAN AYAT INI,
SUMBER dari brigadezameerfisabilillah@yahoo.com,  www.brigadezameerfisabilillah.blogspot.com & http://www.facebook.com/pages/Salam-Peringatan-Fisabilillah/187949327922436
Anda umpama tanah. Walaupun hujan hanya turun seketika,anda telah memanfaatkannya sebaik mungkiin. Contohnya, tanah ini akan cepat-cepat mengambil manfaat dari air hujan yang turun sebentar tadi lalu menumbuhkan buah-buahan yang segar untuk kebaikan manusia sejagat.

2) golongan yang suka membantah ayat Al-Quran dan As-Sunnah
Golongan ini suka membantah sesuka hati seolah-olah dia sahaja yang betul. Padahal tanpa dia sedari, kadangkala dia bercakap secara membantah.Ingatlah,perselisihan itu akhirnya akan membawa kecelakaan kepada diri anda sendiri. Apa yang pasti,JANGAN SESEKALI MENOLAK AL-QURAN AS-SUNNAH DALAM KEHIDUPANMU, rajinkanlah dirimu mendekatinya sebelum kamu diiringi ke pusara....JANGAN SESEKALI MENOLAK AL-QURAN DAN AS-SUNNAH DALAM KEHIDUPANMU...(hendak baca huraian lebih lanjut,sila baca sepenuhnya info pada page ini)
 Anda seumpama batu-batuan dan pasir.Walaupun hujan selalu turun, namun tidak ada apa-apa perubahan yang berlaku. Batuan tadi tetap kekal sebagai batuan serta tidak menumbuhkan sesuatu yang bermanafaat seperti buah dan sebagainya.

3)golongan yang masuk telinga kanan,keluar telinga kiri
Golongan ini akan memudaratkan dirinya sendiri tanpa dia sedari. Golongan ini walaupun tidak menentang Dakwah Islamiyyah itu contohnya, namun kehadiran mereka juga seolah-olah tidak dirasai oleh masyarakat, kerana mereka menjadi golongan yang tidak ada sensitiviti dan kesedaran untuk membangunkan ummah dengan wasilah Islam yang syumul.Ingatlah,anda boleh komen setiap statement dan nota saya,asalkan komen anda adalah komen motivasi bukannya komen yang bersifat membantah atau komen yang dikategorikan lari dari topik seperti yang telah berlaku sebelum ini.
Anda di ibaratkan seperti air kolam yang bertakung. Keadaan air ini tetap kekal sebagai air dan tidak membuahkan apa-apa hasil yang lain. Apabila hujan turun, air tadi hanyalah akan bertambah, namun tidak ada apa-apa perubahan yang berlaku.
###Sila klik butang SHARE di bawah untuk share maklumat ini bersama rakan-rakan anda, apalah gunanya jika anda mendapat maklumat bermanfaat ini tetapi anda terlupa untuk menyebarkannya kepada orang ramai###
###Sila klik butang LIKE pada segala statement,nota,gambar,video,link dari Brigade Zameer Fisabilillah sebagai tanda bahawa anda telah habis melaksanakan tugas membaca dan bukti bahawa anda bukan seorang pemalas.SILA KLIK http://www.facebook.com/notes/ilmu-akhir-zaman/nasihat-brigade-zameer-fisabilillah-kepada-semua-sebelum-menuntut-ilmu-rahsia/242670269076488